demi sebuah persahabatan.... naruto

demi sebuah persahabatan.... naruto

Tuesday, August 10, 2010

Melaka buka sekolah khas pelajar hamil di Jasin

"Melaka buka sekolah khas pelajar hamil di Jasin"

August 03, 2010

"MELAKA, 3 Ogos — Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai kerajaan Melaka akan dibuka di Jasin dalam masa terdekat ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas bangunan rumah kadi daerah itu adalah untuk mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

Pendekatan kerajaan negeri untuk membantu keluarga miskin menikahkan anak mereka bertujuan mengurangkan isu hamil di luar nikah dalam kalangan pelajar, katanya kepada pemberita pada seminar penghayatan Ramadan Al Mubarak di Masjid Al Azim di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat remaja tegar yang terjebak kepada pelacuran dan sukar untuk balik kepada pangkal jalan setelah mengandung anak luar nikah.

“Jika mereka telah berkahwin tiada siapa akan memarahi mereka dan kalau mereka mengandung ibu bapa boleh tanggung, jika tidak boleh tanggung, kerajaan negeri akan tanggung bayi dilahirkan,” kata Mohd Ali. — Bernama"

sbg rakyat mlaka n malaysia yg xberapa tau pasal kepimpinan & kemasyarakatan....

aku xrasa langkah ni yang terbaik...

aku pun pernah gak muda.... aku ni pun agak teruk gak masa muda2 dlu.. tp jika masalah sosial ni nak di kawal, so kene la cari unsurnya.... cara CM ni macam mengalakan... mesti CM dah tau latar belakang remaja2 yg terlibat dlm kes2 mcm ni.... boleh dikatakan semua nya dr keluarga yg punya pendapatan rendah....rendah... ibubapa sibuk nak cari duit tuk tanggung keluarga.. perbelanjaan yg besar.... xkan nak bebankan mak bapak tanggung cucu plak... hisshh!!! tu dh melampau giler... pastu CM nak tanggung plak....???? apa ni??? byk sgt ker income k'jaan negeri tuk tanggung semua ni?? dr wat perancangan mcm ni baik naikan gaji kakitangan yg b'khidmat tuk k'jaan negeri... dpt gak meningkatkan ekonomi rakyat... wat activity yg berguna... jumpa la remaja2 tanya & fahami la.... jgn fikir tuk jangkapendek...
jgn jd pendek akal.... byk sgt unsur mengapa masalah sosial ni wujud.... isu lama.. dh berzaman.... kenapa masih nak guna pendekatan yang xmasuk akal ni ...

fikir2 kan....









No comments:

Post a Comment